Cara Pemakanan, Pantang Larang, Kandungan & Kebaikan
Cara Pemakanan
- Dikunyah atau dikemam di bawah lidah. Disyorkan diambil ketika perut kosong untuk kesan yang maksimum.
- Produk ini bukan ubat tetapi pemakanan tambahan untuk kesegaran otak dan mengaktifkan minda.
- Jangan di ambil bersama kafein sekurang-kurangnya ½ jam sebelum dan selepas makan ANUGERAH PINTAR ( Kopi/Nescafe)
- Jangan pegang dengan tangan atau sudu besi. Gunakan sudu plastik atau penutup botol.
- Jangan disimpan didalam peti sejuk atau di tempat panas. Simpan di dalam suhu bilik.
- Jauhkan daripada barangan elektrik dan elektronik.
- Jangan dilangkah.
- Jangan digoncang terlalu kuat.
* MAKAN MENGIKUT PERATURAN DENGAN BETUL SERTA BERTERUSAN
(6-8 BULAN) UNTUK KESAN YANG MAKSIMUM.
Kandungan & Kebaikan
Diformulasikan menggunakan bahan yang sangat baik dan selamat serta mampu memberikan kesan positif yang hebat pada pengguna:
1) Calcarea Phosphoricum
- Bagi orang yang lemah otak dan ingatan, tidak dapat membetulkan jalan fikiran, fikiran merayau-rayau dan kuat berangan-angan.
- Bagi yang pelupa, cepat marah, rungsing atau panas baran.
- Bagi orang yang dilanda kesusahan dan penderitaan yang penuh sugul, susah hati, bimbang, cemas dan dukacita.
- Bagi orang yang mengalami kepenatan yang keterlaluan dan murung dan tidak bermaya.
- Bagi orang yang sangat gelisah, mudah marah, hysteria dan kerap melakukan aktiviti yang memenatkan otak.
- Orang yang mengalami masalah mengigau, hilang ingatan, kecewa, putus asa, malu tidak bertempat dan tidak gemar bercakap.
- Bagi yang sentiasa mengeluh atau meratapi mengenai penyakit.
- Tidak berupaya untuk berfikir dengan jelas.
- Menambahkan jumlah sel darah merah dan hemoglobin.
- Bagi yang mengalami kepenatan otak, tidak bermaya, lemah, letih, pelupa, muram dan keliru.